PERBEZAAN
Salam buat pembaca sekalian,tahukah anda apa perbezaan tanggungjawap antara lelaki dan perempuan sebagai khalifah Allah di muka bumi ini,ingin tahu lebih lanjut jom baca ini.
LELAKI
Lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila sudah baligh,manakala dosa gadis bujang ditanggung oleh bapanya.Lelaki berkahwin kena tanggung dosa sendiri,dosa isteri,dosa anak perempuan yang belum berkahwin dan dosa anak lelaki yang belum baligh.BERATKAN...
Hukum menjelaskan anak lelaki kena bertanggungjawab ke atas ibunya dan sekiranya dia tidak menjalankan tanggungjawabnya maka dosa baginya terutama anak lelaki yang tua,manakala perempuan tidak,perempuan hanya perlu taat kepada suaminya.Isteri berbuat baik pahala dapat kepadanya,kalau buat tak baik dosanya ditanggung oleh suaminya.BERATKAN...
Suami kena bagi nafkah pada isteri,ini wajib tetapi isteri tidak.Walaupun begitu isteri boleh membantu.Haram bagi suami bertanya pendapatan isteri,lebih-lebih lagi yang bergelar suami yang tanggung.Kalau nak dibayangkan beratnya dosa-dosa yang ditanggungnya seperti gunung dengan semut.Itu sebabnya mengikut kajian nyawa orang perempuan lebih panjang daripada lelaki.Lelaki mati cepat kerana tidak larat dengan beratnya dosa-dosa yang ditanggung.
Tetapi orang lelaki ada keistimewaannya yang dianugerah oleh Allah SWT.Ini orang lelaki kena tahu,kalau tidak tahu kena jadi perempuan.Begitulah kira-kiranya hehehe.
WANITA
Auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki.Perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya.Saksinya kurang berbanding lelaki.Menerima pusaka kurang dari lelaki.Perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak.Wajib taat kepada suaminya tetapi suami tidak perlu taat pada isterinya.Talak terletak ditangan suami dan bukan isteri.Wanita kurang dalam beribadat kerana masalah haid dan nifas yang tidak ada pada lelaki.
Pernahkah kita lihat sebaliknya?Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan di tempat yang tersorok dan selamat.Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar bersepah-sepah bukan?Itulah bandingannya dengan wanita.
Wanita perlu taat kepada suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapanya.Bukankah ibu adalah seorang wanita?
Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya,manakala lelaki menerima pusaka perlu menggunakan hartanya untuk menyara isteri dan anak-anak.Wanita perlu bersusah-payah mengandung dan melahirkan anak,tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala haiwan,malaikat dan seluruh makhluk Allah di mukabumi ini,dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid kecil.Manakala dosanya diampun Allah (dosa kecil).
Di akhirat kelak,seorang lelaki akan bertanggungjawapkan terhadap 4 wanita ini: Isterinya,ibunya,anak perempuanya dan saudara perempuannya.Manakala seorang wanita pula,tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 lelaki ini: Suaminya,ayahnya,anak lelakinya dan saudara lelakinya.
Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana-mana pintu Syurga yang disukainya cukup dengan 4 syarat sahaja: Sembahyang 5 waktu,puasa bulan Ramadhan,taat suaminya dan menjaga kehormatannya.Seorang lelaki perlu berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada Allah akan turut menerima pahala seperti pahala orang pergi berperang fisabilillah tanpa perlu mengankat senjata.
MasyaAllah...Sayangnya Allah pada wanita...





